Tuesday, June 16, 2009

Siapa boleh melabur dalam saham amanah?/Who can invest in unit trust?

Lepas kita faham apakah maksud saham amanah, unit trust atau pun dana amanah,perlulah kita tahu siapa yang boleh membuat pelaburan dalam instrument pelaburan yang hebat ini.Berikut saya senaraikan soalan yg mungkin bermain di dalam fikiran anda.

Siapa yang boleh melabur?

-Individu dan juga syarikat.

Bagaimana saya nak melabur?

-Pelaburan boleh dimulakan serendah RM500 utk pelaburan secara cash dan minimum RM1000 utk pelaburan melalui KWSP.

Adakah pelaburan ini ada tempoh matang?

-Tiada tempoh matang dalam pelaburan ini.Namun anda digalakkan utk menyimpan dalam jangka masa 3 tahun ke atas.Namun begitu,anda boleh keluarkan pelaburan anda pada bila2 masa sahaja.

Apakah jenis akaun pelaburan saya?

-Terdapat dua jenis iaitu akaun dana amanah yg menggunakan cash sebagai pelaburan atau akaun dana amanah yang menggunakan EPF.

Dana apakah yang sesuai utk saya laburkan wang?

-Anda boleh laburkan wang anda di dalam dana syariah dan juga dana konvensional.Anda dan consultant akan mengenal pasti dana apa yg sesuai mengikut target anda dlm pelaburan.

Siapakah pengurus dana?

-CIMB Principal Islamic Assest Management utk dana Islamic dan CIMB Principal Asset Management utk dana konvensional.

Bagaimana jika saya hendak membuat simpanan bulanan?

-Simpanan bulanan boleh dibuat melalui autodebit terus dari akaun bank anda.Di CIMB Wealth Advisors,anda boleh gunakan khidmat autodebit ini dari Maybank,CIMB Bank,RHB dan Bank Simpanan.Jika tidak mahu menggunakan autodebit,boleh berurusan dgn consultant anda dan consultant anda akan buat bankers cheque utk anda kerana kami tidak menerima cash.

Berapa kadar minimum pelaburan plan bulanan melalui autodebit?

-Minimum utk plan bulanan melalui autodebit adalah RM200.Jika tidak menggunakan autodebit,anda boleh top up seberapa byk jumlah yg anda suka.

Bagaimana pula pelaburan melalui KWSP?

-Anda boleh mengeluarkan pelaburan melalui KWSP melalui Akaun 1 anda sahaja setiap 3 bulan sekali dimana minimum pelaburan ialah RM1000.Contohnya anda berumur 30 tahun dan baki di dalam Akaun 1 KWSP anda ialah RM40000,maka jumlah pelaburan yg anda layak ialah:-

RM40000-RM18000=RM22000 x 20% = RM4400.

Jumlah simpanan akaun 1 KWSP anda ialah RM40000 dan jumlah yang anda kena tinggalkan dalam Akaun 1 ialah RM18000.Maka setelah RM40000 ditolak dengan RM18000 bakinya adalah RM22000.Dan dari jumlah baki itu anda Cuma boleh ambil 20% sahaja.Jadi jumlah yg anda layak melabur adalah RM4400.Sila rujuk rajah pengeluaran KWSP di blog saya ini.

Sila rujuk link di sebelah kanan untuk menyemak jumlah kelayakan pelaburan melalui KWSP melalui jadual yg diberikan.Sila klik link tersebut.

Apa dokumen yang saya perlu sediakan utk memulakan pelaburan melalui CIMB Wealth Advisors?

-Salinan kad pengenalan sahaja utk pelaburan berbentuk tunai dan salinan kad pengenalan serta cop jari utk pelaburan melalui KWSP.Jangan risau,consultant anda akan membantu segela keperluan yg diperlukan.

Setelah membuat pelaburan,apakah bukti transaksi yang saya terima?

-Anda akan menerima Confirmation Advice Slip dari pihak CIMB Wealth Advisors dalam masa 2 minggu dari tarikh penerimaan borang anda di cawangan kami.Jika anda tidak mendapat slip tersebut,boleh hubungi consultant anda atau hubungi hotline customer seperti yg tertera di dalam bisnes card consultant kami.Boleh juga meminta
consultant memberikan ledger kepada anda jika anda tidak mendapat slip tersebut.

Bagaimana pula dengan servis Trust Nomination Service utk saya mewariskan wang pelaburan saya jika apa2 berlaku kepada saya?

-Anda boleh letak 4 pewaris utk mewarisi pelaburan anda yang hebat ini.Jika jumlah pelaburan anda sama bawah RM20000,caj Cuma RM52.50 seumur hidup dan jika sama atau lebih dari RM20,000,caj adalah RM105 seumur hidup.Anda perlu sediakan salinan kad pengenalan anda dan juga salinan kad pengenalan utk pewaris anda atau surat beranak anak anda jika mereka bawah umur 12 tahun.

No comments: